Brunei Darussalam Numismatics Facebook Club, more popularly known by its Malay name 'Kelab Koleksi Duit Lama Brunei' (or simply K.K.D.L Brunei Darussalam),began in August 2011 with the following aims:

- to promote numismatics as a hobby among local Bruneians.

- to facilitate communication between local Brunei and foreign numismatics hobbyists.

- to showcase Brunei Darussalam's rich numismatics artefacts among local Bruneians and the world.

- to provide opportunities for small and medium numismatics businesses among local Bruneian numismatics hobbyists.


Until September 2014, about 4,397 members already joined KKDL. For more information, find us on Facebook Group. Click HERE

KKDL was founded by D.L.B @ Duit Lama Brunei
Email D.L.B

Monday, September 29, 2014

Mengumpul wang lama hobi bermanfaat


SEKARANG ini, mengumpul duit lama sudah menjadi satu pelaburan dan juga perniagaan sampingan bukan lagi sekadar hobi bagi kebanyakan orang.

Mengumpul duit lama menjadi mahal apabila anda telah mula membeli duit lama. Untuk mata wang kertas atau syiling Brunei yang lengkap, anda mungkin terpaksa membeli syiling Brunei yang rare sebab ia amat sukar ditemui di dalam edaran pada ketika ini.

Trend sekarang ini, semakin ramai yang menjadikan duit lama sebagai satu pelaburan alternatif selain daripada emas dan perak sebagai satu cara untuk menambahkan pendapatan mereka.

Menurut anak kelahiran jati Brunei Erik Ng Poh Sing berasal dari Kuala Belait, yang juga merupakan penggemar numismatik tempatan, pada mulanya aktiviti tersebut sekadar untuk suka-suka dan koleksi pertama yang dimiliki ialah syiling bernilai 50 sen yang berwajahkan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

ERIK Ng Poh Sing berasal dari Kuala Belait bangga dengan koleksi yang dimiliki.

Namun siapa sangka, selepas mengenali syiling tersebut ia menjadi satu hobi yang begitu serius buat saya dan kini terdapat ribuan keping duit syiling dalam simpanan.

Tambahnya, selain dijadikan sebagai satu hobi, aktiviti itu juga merupakan persediaan awal untuk memperkenalkan wang peninggalan nenek moyang dahulu kala kepada anak cucunya satu hari nanti.

“Kebanyakan koleksi saya dibeli di kedai menjual barangan lama di dalam negeri mahupun di luar negara,” ujarnya. Menurutnya, selain kedai lama, sebahagian daripada koleksi tersebut dibeli daripada rakan-rakan pengumpul yang lain.

Jelasnya, untuk mengumpul kesemua koleksi wang daripada pelbagai zaman bukan mudah. Selain memerlukan tempoh yang lama untuk mencari wang, seseorang perlu mengetahui serba sedikit mengenai wang tersebut.

Bagi mana-mana wang yang sukar ditemui di kedai, Erik Ng Poh Sing akan membeli atau menukar koleksi yang disimpannya dengan rakan pengumpul yang lain.

Erik Ng Poh Sing berkata, pada zaman dahulu, setiap negeri ada wang masing-masing, tidak seperti sekarang apabila hanya ada satu mata wang bagi setiap negara.

“Bukan sahaja berbeza bentuk fizikal, kesemua wang tersebut mempunyai gelaran tertentu.





ANTARA koleksi peribadi beliau ialah wang BND1 lama dan BND5 dengan nombor siri yang teratur

“Contohnya, dahulu duit Brunei lama yang berbentuk seperti syiling digelar Pitis, manakala yang kertas masih digelar Dollar,” jelasnya.

Menurutnya, jika dulu Pitis dijual dengan harga yang murah di Tamu Kianggeh dalam tahun 1970-an dan 1990-an tetapi sekarang ia tidak semurah dulu lagi dan makin sukar sesuatu wang tersebut untuk ditemui, makin mahal harga yang akan dikenakan.

Untuk mendapatkan mata wang Pitis tersebut, Erik Ng Poh Sing menjelaskan beliau membelinya dengan harga $100 ke atas membawa kepada $1,200 untuk satu Pitis terutamanya bagi yang jarang dan susah untuk didapati.

Menyentuh tentang minat beliau dalam hobi pengumpulan wang ini, beliau menjelaskan ia bermula sejak beliau dibangku persekolahan dalam darjah lima dan mata wang pertama beliau ialah duit syiling berwajahkan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien bernilai 50 sen.

“Jika kita amat-amati dan fikirkan, hobi dalam mengumpul wang kertas lama dan terkini serta duit-duit syiling dari pelbagai negara, di samping Negara Brunei Darussalam memang begitu sedikit yang meminatinya apatah lagi dalam kalangan generasi kita sekarang,” ujarnya.

Bagi Erik lagi ini bukan hanya merupakan satu hobi yang berharga dan mempunyai manfaat yang begitu bernilai kerana hobi seperti ini boleh juga kita jadikan sebagai hobi kitar semula, di samping ia boleh mendatangkan income sampingan kepada kita selaku penggemar.

  KOLEKSI duit kertas pelbagai negara

Sejak menjadi pengumpul tegar wang kertas dan syiling yang lama mahupun yang ada pada masa kini ia juga turut memberi peluang buat saya mengkaji wang tersebut sehingga dapat membezakan kualiti logam yang digunakan.

Untuk tujuan tersebut, Erik juga terpaksa menelaah semula beberapa buah buku berkaitan duit lama.
“Perkara tersebut penting bagi memastikan kita tidak ditipu ketika membeli kerana kita kenal jenis-jenis duit yang ada pada sesuatu zaman.

Jelasnya, selepas 18 tahun menjadi pengumpul tegar duit-duit lama dan berkongsi pengetahuan dengan ahli-ahli Kelab Numismatik yang lain, ia memberikan peluang yang besar untuk mereka berkongsi hobi yang sama, menurut Erik, minat untuk mengumpul wang dari zaman kesultanan Melayu itu timbul disebabkan perasaan cinta yang menebal terhadap sejarah.

“Saya mengumpul wang lama ini sejak 18 tahun lagi. Pada masa ini, umur saya dalam lingkungan 30 tahun dan dalam tempoh tersebut ia banyak mendatangkan pengetahuan dan sejarah tentang kewujudan di sebalik wang kertas lama yang tersimpan dalam koleksi saya,” ungkap beliau.

“Oleh sebab peminat wang lama masih kurang ketika itu, jadi untuk mendapatkan koleksi wang yang diinginkan mengambil masa yang terlalu lama. Zaman sekarang semuanya mudah,” ujarnya.





SEBAHAGIAN daripada koleksi beliau ialah duit syiling dan wang kertas lama Brunei.


Beliau juga berharap selaku peminat numismatik tegar mungkin satu masa nanti Kementerian Kewangan akan dapat membuat satu acara berupa lelongan bagi wang-wang lama kepada para penggemarnya seperti yang dilakukan di Singapura dan Malaysia.

Sesetengah orang yang tidak mengetahui tentang hobi seumpamanya beranggapan ia hanya sekeping kertas buruk yang sudah tidak mempunyai apa-apa manfaat, tetapi bagi yang berminat sudah pasti mengetahui akan faedah serta nilai yang dimiliki pada wang kertas lama tersebut bahkan ia merupakan satu pelaburan menguntungkan, kerana wang kertas lama nilai memiliki nilai yang sentiasa meningkat dalam pasaran antarabangsa.

Jika anda ingin mengumpul duit lama sebagai hobi, anda boleh memulakan hobi ini tanpa mengeluarkan belanja yang besar sebenarnya. Namun, anda kena perlu lebihkan usaha untuk bertanya dengan rakan-rakan atau saudara-mara jika mereka ada duit lama yang boleh dihadiahkan kepada anda atau anda juga boleh melakukan swap dengan rakan-rakan dari dalam mahupun luar negara. Terpulang kepada anda, adakah mengumpul duit lama ini hanya sekadar hobi, pelaburan atau perniagaan sampingan anda.

Monday, 29 September 2014 22:26
Source : http://www.pelitabrunei.gov.bn

6 comments:

  1. Saya ada koleksi wang brunei dan siling brunei.saya ada banyak kolesi duit lama brunei.dari tahun 1972-1999

    ReplyDelete
  2. Saya ada koleksi wang brunei dan siling brunei.saya ada banyak kolesi duit lama brunei.dari tahun 1972-1999

    ReplyDelete
  3. Kalau ada sesiapa yang berminat..boleh kol no hp saya 0148925789..saya berada di miri sarawak..

    ReplyDelete
  4. Saya ada duit siling lama brunai sebanyak $70++ Dan duit siling ratu elezibeth seawal tahun 1801 dan keatas. Berminat whatsapp 0128629718

    ReplyDelete
  5. Saya ada duit syiling lama bermint whatsup saya 0143860255

    ReplyDelete
  6. Saya Banyak koleksi duit lama jika berminat watsap saya +6738682840

    ReplyDelete